hubungi kami

"Salam sejahtera kepada semua Pelanggan-pelanggan Jaya Abadi Bersatu yang amat saya hormati"

Pertama sekali saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pelanggan-pelanggan JAB yang memberi sokongan kepada Syarikat kami selama ini. Dengan sokongan anda semua maka Jaya Abadi Bersatu masih kukuh dan terus unggul sebagai Pembekal Peralatan Pejabat bagi Jabatan Kerajaan dan Badan-badan berkanun diseluruh Malaysia, tanpa sokongan anda kami tidak akan berada pada tahap seperti ini sekarang.

Bagi memajukan Syarikat, kami sentiasa berpegang pada janji dan misi kami untuk menghantar seberapa cepat peralatan yang dipesan dan memenuhi kehendak pelanggan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Kami sentiasa bersedia menerima teguran dan kami percaya segala komen dan teguran dari pelanggan adalah merupakan prospek yang baik kepada syarikat kami untuk terus berdaya saing dan terus berjaya pada masa akan datang.

Syarikat Jaya Abadi Bersatu, merupakan syarikat milik penuh bumiputra, berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia. Syarikat kami di iktiraf sebagai kontraktor bumiputra dan diantara 200 Syarikat yang dipilih oleh Kementerian Kewangan Malaysia pada tahun 2000 sebagai pengendali pembelian menggunakan sistem e-perolehan. Untuk makluman para pelanggan juga bahawa Syarikat kami kini mempunyai lebih 8000 katalog produk di dalam Sistem Pembelian secara on-line “e-perolehan” dengan Kementerian Kewangan Malaysia.

Sekali lagi kepada semua pelanggan-pelanggan Jaya Abadi Bersatu  kami merakam setinggi perhargaan dan ucapan sekalung tahniah dan terima kasih diatas segala teguran, komen dan bantuan serta sokongan anda semua selama ini kepada Syarikat kami JAYA ABADI BERSATU ENTERPRISE.

Wassalam.

 

Jumlah Pengunjung
WEB COUNTER

Laman Utama || Pelanggan || Produk || Profile || Hubungi Kami || Galeri