hubungi kami
PROFIL JAYA ABADI BERSATU ENTERPRISE

JAYA ABADI BERSATU ENTERPRISE, sebuah syarikat yang bertaraf Kontraktor Bumiputra, berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (No. Pendaftaran: 357-01000194) telah ditubuhkan pada 8hb. Februari 2000 di Malaysia. Kini, syarikat ini telah beroperasi lebih dari 10 tahun dan menjalankan aktiviti perniagaan dibangunan sendiri di alamat: Lot 921, Jalan Siswi Kanan, Off Jalan Sg. Kandis, Seksyen 36, 40460 Shah Alam, Selangor.

JAYA ABADI BERSATU ENTERPRISE memasarkan Peralatan Kelengkapan Komputer dan Aksesori, Peralatan Kelengkapan Pejabat seperti Alatulis, Mesin-mesin, Perabut dan Lekapan Pejabat , Alat Perhubungan & Bantuan Mengajar, serta Peralatan Sukan.

JAYA ABADI BERSATU ENTERPRISE merupakan salah sebuah syarikat yang telah di perbolehkan untuk berurusniaga dengan penggunaan system ‘e-perolehan’ sejak tahun 2002. Kini, syarikat telah memuat-turun serta mengiklankan semua produk barangan yang dipasarkan dan kini produk didalam sistem ini telah menjangkau lebih dari 8,000 katalog produk. Selain dari itu, Syarikat Jaya Abadi Bersatu Enterprise juga telah menjalankan urusniaga secara on-line dengan Universiti Malaya melalui e-procument dan sennego.com dimana terdapat lebih dari 30 jabatan berkanun, seperti MARDI, MBSB, Majlis Amanah Rakyat (MARA), MPOB, KWSP serta IPTA yang menggunakan perolehan secara on-line, seperti Universiti Putra Malaysia (UPM).. Pihak Jabatan/Kementerian dan semua institusi pengajian tinggi IPTA dapat membuat pembelian secara ‘on-line’ dengan memuat-turun produk dengan mudah menggunakan system ini. Syarikat amat menyokong usaha Kerajaan Malaysia yang mahukan semua syarikat agar berdaya-saing didalam perniagaan secara telus dan adil saksama. InsyaAllah, dengan sokongan dari semua pihak, syarikat ini mampu melengkapkan lagi pemasaran produk ke peringkat antarabangsa.

Dengan segala pengalaman dan kemahiran professional dikalangan kakitangan sedia ada, syarikat amat yakin dapat serta mampu memberikan perkhidmatan jualan yang cemerlang kepada semua pelanggan seterusnya membantu kearah pembangunan ekonomi negara secara amnya.

 
 
Jumlah Pengunjung
WEB COUNTER

Laman Utama || Pelanggan || Produk || Profile || Hubungi Kami || Galeri